MESKIPUN sedang sarat mengandung cecah lapan bulan, pelakon Raja Farah Raja Aziz mengakui dia masih lagi aktif bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti seni terutamanya dalam bidang pengacaraan.
Tambahnya, dia juga berasa cergas dan bersemangat walaupun dirinya semakin berisi kerana sedang hamil.
“Kandungan saya sudah memasuki trimester ketiga dan saya masih tidak biasa duduk diam. Saya masih tampil sebagai pengacara dalam rancangan bual bicara.
“Saya sudah tidak aktif berlakon buat masa sekarang, jadi menjadi pengacara adalah cara unntuk mengubati kerinduan untuk kembali berlakon.
“Doktor sudah memaklumkan saya tentang jantina bayi dalam kandungan, tetapi biarlah ia menjadi rahsia sehingga saya selamat melahirkan nanti.
“Saya dan suami tak kisah soal jantina, yang penting bayi kami sihat sejahtera,” kata Raja Farah, 28; kepada Sinar Harian.
Tambahnya, sepanjang kehamilannya, dia tidak berdepan dengan alahan yang teruk dan memilih untuk bergaya ringkas tanpa solekan yang berat pada wajahnya dan mungkin itu yang menyebabkan wajahnya kelihatan pucat. – MYNEWSHUB.CC