Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ibu Diserang Strok, Johan...

IBU kepada pelakon drama Juvana, Johan A'sari diserang strok kira-kira jam 12 tengah hari...

UMNO, PAS Sokong Pelan...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan menyifatkan Pelan antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023...

Rangka Lelaki Dijumpai Di...

KOTA BHARU - Satu rangka manusia, yang dijumpai tertanam sedalam 0.5 meter di...

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri...

SIBU - Rakyat Sarawak mahu berdiri sama tinggi dengan rakan mereka di Semenanjung daripada...

Wanita Bulan Madu Sendirian Suami Tidak Dapat Visa

SEORANG isteri yang kesunyian kerana suaminya tidak mendapat visa untuk percutian bulan madu mereka ke Greece, telah merakamkan gambar-gambar yang memaparkan akan kesedihannya.

Huma Mobin dan suaminya, Arsalaan Sever Bhatt, dari Lahore, sepatutnya ke Greece bersama ibu bapa Arsalaan namun disebabkan Arsalaan tidak mendapat visa, maka Huma terpaksa bercuti bersama mertuanya sahaja.

Wanita Bulan Madu Sendirian Suami Tidak Dapat Visa

Pada mulanya dia enggan mengikut percutian berkenaan tanpa suaminya, namun disebabkan mereka telah membayar semua kos percutian, suaminya membenarkan Huma mengikut mertuanya itu.

Percutian itu juga sepatutnya menjadi bulan madu kedua mereka selepas berkahwin pada Disember tahun lepas. Bulan madu yang pertama ke Maldives berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Huma terpaksa berpisah selama 10 hari dengan suaminya dan setiap gambar yang dirakamkan oleh mertuanya itu menunjukkan wajah sugul Huma seolah-olah dia tidak langsung menikmati percutian berkenaan.


Menambahkan lagi tragedi, telefon bimbit Huma telah hilang selepas terjatuh ke dalam laut Aegean.

Gambar-gambar berkenaan menjadi viral selepas Huma memuatnaik dalam Facebook dan ia menarik perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori