Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Malaysia Masih Dibebani...

KUALA LUMPUR - Hampir sebulan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dikuatkuasakan, kes harian baharu...

Kanun Jenayah Syariah ‘Hudud’...

KOTA BAHARU - Orang bukan Islam tidak perlu bimbang atau cuba menentang pelaksanaan...

Pemandu Lori Didakwa Edar...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Lepas Bunuh Isteri Terus...

SERIAN - Cemburu dipercayai menjadi motif utama seorang petani mengelar isterinya menggunakan pisau...

Wanita Maut Dipercayai Dikelar Suami

JOHOR BAHARU – Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat dikelar suaminya di sebuah hotel bajet di Taman Sentosa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata wanita berumur 21 tahun itu didapati dibunuh dengan pisau.

“Kejadian terbabit terbongkar apabila suaminya yang juga berumur 21 tahun menyerah diri di Balai Polis Sentral di sini kira-kira 5 petang semalam.

“Lelaki itu datang ke balai polis dan mengaku dia membunuh isterinya. Di lokasi kejadian, kami turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh di bilik hotel tersebut.

“Mayat wanita itu ditemui dengan keadaan leher yang hampir putus akibat dikelar dan kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata turut didapati dua tikaman di bahu dan dada mangsa.


Sulaiman berkata berkata pasangan tersebut berasal dari Melaka dan mereka menginap di hotel itu sejak Selasa lepas sebelum lelaki tersebut mencari pekerjaan di Singapura.

Beliau berkata lelaki tersebut pernah bekerja di Singapura sebagai tukang paip, namun kini berhenti bekerja.

Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori