Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

NTP Hasilkan Inisiatif Bermanfaat...

KUALA LUMPUR - Program Transformasi Negara (NTP) dilaksanakan kerajaan telah menghasilkan inisiatif bermanfaat...

8 Hadiah Yang Isteri...

Hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang akan memeningkan kepala para suami kerana perlu...

Aliff Anggap Isu Dengan...

TIDAK mahu memberikan sebarang kenyataan lagi berhubung kontroversinya dengan aktres gandingan dalam drama...

Selangor Benar Laksana Ibadah...

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan...

Wanita PKR Pertahan Zuraida Miliki Tujuh Kereta

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan Ketuanya, Zuraida Kamaruddin yang mengaku memiliki sebanyak tujuh buah kereta selepas kemewahannya itu terdedah di media sosial sebagai tidak bersalah.

Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha mendakwa isu itu kononnya cuma `cerita kecil’ yang dihangatkan oleh bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard atas motif politik.

“Wanita PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Badrul Hisham yang terlibat dalam menyebarkan berita palsu tanpa bukti yang kukuh dan ianya adalah satu tindakan yang sangat tidak beretika.

“Badrul Hisham seorang upahan yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu terus mencari helah untuk mencari publisiti murahan. Menjadi tidak wajar dan tidak professional apabila adanya stesen TV yang menyebarkan pembohongan atas nama sebuah berita,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chegubard yang kini memimpin pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan tentang kemewahan hidup Ketua Wanita PKR dengan memiliki terlalu banyak kereta.


Zuraidah selepas beberapa hari kemudian akhirnya mengaku beliau memiliki sebanyak tujuh buah kereta pelbagai jenama yang didaftarkan dibawah namanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang bagaimanapun mendakwa enam daripada kereta berkenaan adalah untuk kegunaan ahli keluarganya dan parti PKR. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori