Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Nafi Luluskan Pelaburan...

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau memberi kelulusan...

Harga Revolusi Jasmin &...

SELEPAS dua hari Aleppo diserang jet pejuang Rusia dan disusuli serangan tembakan meriam darat...

Orang Ramai Adu Kasut...

KULIM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada...

Penduduk Taman Sg. Gemas...

TAMPIN - Walaupun keadaan banjir di Taman Sungai Gemas, di sini masih terkawal,...

Warga British Derma Organ Dipuji Netizen China

SEORANG lelaki warga British berusia 49 tahun yang meninggal dunia di China akibat strok pada Rabu lalu dipuji netizen negara itu kerana sanggup mendermakan organnya.

Mark Osbone telah mendermakan kornea, buah pinggang, jantung dan hati kepada enam peasakit warga China yang memerlukan sebagai tanda sumbangan terakhir darinya untuk negara dicintainya.

Warga British Derma Organ Dipuji Netizen China

Bagi meraikan ulang tahun perkahwinan yang keenam, Osbone dan isterinya, Wong (nama keluarga) telah mengadakan parti ulang tahun secara kecil-kecilan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital Hangzhou.

Majlis tersebut juga diadakan untuk memberi peluang kepada Osbone mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Warga British Derma Organ Dipuji Netizen China

Menurut portal negara itu, Osbone telah mengajar di Hangzhou lebih daripada enam tahun dan kehidupan pasangan suami isteri itu sangat bahagia sepanjang tempoh mereka bersama.

Namun, segala episod duka bermula pada 3 Mac lalu apabila Osbone secara tiba-tiba pengsan dan dihantar ke hospital berdekatan.

Menurut doktor yang merawatnya, Osbone mengalami strok yang kuat namun sangat bertuah kerana masih lagi bernyawa.


Warga British Derma Organ Dipuji Netizen China

Tambah doktor itu lagi, kesihatan Osbone bertambah tenat dan tiada apa yang mereka dapat lakukan. Osbone pernah memberitahu Wong bahawa dia akan meninggal di China.

“Saya akan mati di China,” kata Osbone kepada Wong.

“Saya harap kita semua dapat bersatu dan berkongsi saat manis ini dengan Mark,” kata Wong sambil terukir senyum di bibirnya.

Wong tidak menitiskan sebarang air mata di atas kehilangan itu kerana Osbone telah mengajarnya untuk terus tabah walaupun dalam keadaan sukar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori