Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Perlu Diimbangi Elemen...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Azlan Shah bertitah undang-undang...

Sultan Nazrin Tamat Tugas...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berangkat meninggalkan Istana...

30,644 kes Covid-19,56 Kes...

PUTRAJAYA – Sebanyak 156 kes atau 0.51 peratus daripada 30,644 kes jangkitan Covid-19...

Ketua Cawangan UMNO &...

SANDAKAN - Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru di sini bersama dua cucunya rentung...

Waris Mangsa Nahas MH17 Mahu Bertemu Menteri

KUCHING – Satu pertemuan dengan waris mangsa nahas pesawat MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa perkara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata dalam satu pertemuan bersama wakil keluarga mangsa baru-baru ini, mereka mahu perjumpaan diadakan melibatkan beliau, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Selain itu, menerusi sesi kaunseling yang diadakan oleh kaunselor kita, waris mangsa melahirkan rungutan dan memohon supaya segala pampasan dibayar secepat mungkin.

“Saya telah bawa perkara ini untuk tindakan Kementerian Pengangkutan untuk selesaikan atau tangani masalah yang dibawa oleh mereka itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Rumah Perlindungan Wanita Sarawak sempena Seminar Literasi Undang-undang Dan Pengurusan Emosi di sini hari ini.

Rohani berkata menerusi sesi kaunseling yang diberikan juga, beberapa masalah yang dialami oleh waris mangsa nahas sudah dapat diatasi.


“Saya juga sudah bawa dalam mesyuarat Kabinet supaya anak-anak kru, anak-anak penumpang turut dibantu dari segi pelajaran, kesihatan atau apa sahaja bantuan yang boleh kerajaan berikan kepada mereka.

“Sebagai contoh, jika mereka ke hospital mendapatkan rawatan atau ke sekolah mungkin sedikit kelebihan diberikan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori