SEORANG wartawan televisyen di Pakistan yang cuba bertindak ‘luar biasa’ dengan membuat laporan secara ‘live‘ dari liang lahad dikecam netizen tempatan.
Wartawan lelaki warga tempatan yang berkerja untuk sebuah stesen Pakistan, Express News melakukan aksi itu ketika pengkebumian seorang dermawan terkenal, iaitu Abdul Sattar Edhi.
Foto wartawan berkenaan terbaring didalam liang lahad menjadi viral dan hangat dibicarakan oleh rakyat Pakistan. Malah terdapat sebilangan mengutuk tindakan itu dan menyifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.
Sab sey pehley Express News par!Reporter reaches Edhi’s grave before him.
Get this idiot thrown in a mental ward. pic.twitter.com/FTXDgnYeIY— NadeemFarooqParacha (@NadeemfParacha) July 9, 2016
Bagaimanapun, pihak Express News tampil memohon maaf kepada para penonton atas insiden itu yang disifatkan sebagai melanggar etika kewartawanan dan sensitiviti awam.
4/4 we apologise to our viewers for hurting their sentiments and assure them of our commitment to the highest standards of journalism
— Fahd Husain (@Fahdhusain) July 9, 2016
Sattar Edhi yang meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu merupakan tokoh masyarakat Pakistan dan pengasas kepada Edhi Foundation.
Beliau juga disanjung tinggi warga tempatan kerana jasanya yang banyak membantu orang yang dalam kesusahan.
Selain aktif membantu warga tempatan, yayasan berkenaan juga banyak menghulurkan bantuan kepada negara-negara jiran yang ditimpa musibah termasuk Amerika Syarikat yang pernah dilanda taufan Katrina pada 2015. – MYNEWSHUB.CC