Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Semua Pekerja Restoran Nyanyuk...

ANDA tentu akan marah jika lain yang dipesan, lain yang dibawa oleh pelayan...

Manifesto BN Penuhi Kehendak,...

KUALA LUMPUR - Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)...

Bos Pemurah Bawa 12,700...

China - Adakah bos-bos di China merupakan majikan terbaik di dunia?Selepas seorang majikan...

Tiada Laporan Aktiviti Godam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak menerima sebarang laporan rasmi...

Yana Dan Suami Kongsi Keterujaan Bergelar Ibu Bapa

PELAKON Yana Samsudin yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata pada 21 Julai lalu berkongsi kisah keterujaan bergelar seorang ibu dengan peminat-peminatnya.

Menurut pelakon ini kepada sebuah laman hiburan, dia dan suaminya, Fadzil Zahari seolah-olah tidak percaya bahawa mereka berdua sudah bergelar ibu bapa setelah mendirikan rumah tangga pada awal tahun lalu.

Yana Dan Suami Kongsi Keterujaan Bergelar Ibu Bapa
Fadzil Bahari Zahari dan anak sulungnya.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini,” katanya.

Tambah Yana lagi, meskipun dia terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan, namun dia dan suami bersyukur di atas anugerah yang diberikan.

Selain itu, aktres yang sinonim dengan panggilan Kak Yong menerusi lakonannya dalam filem Bini-biniku Gangster menjelaskan kelewatan mengumumkan berita gembira itu adalah kerana masing-masing kelam kabut dengan situasi baharu itu memandangkan ia adalah pengalaman pertama mereka.

Yana Dan Suami Kongsi Keterujaan Bergelar Ibu Bapa

“Sebenarnya, keadaan pada masa itu (saat melahirkan) sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya dan kelengkapan hospital,” jelasnya.


Dalam pada berkongsi kisah menjadi ibu dan bapa, pasangan ini turut memaklumkan hasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran, namun tarikh dan masa belum lagi diputuskan.

Yana selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.37 kilogram pada pukul 7 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) Subang Jaya, Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Kosmo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori