KEJAYAAN aktres jelita, Che Ta dalam bidang perniagaan melalui pemasaran pelbagai jenis produk terbukti membuatkan namanya berdiri dengan gah  dalam insudtri dan dikenali ramai.
Menurut suaminya, Zain Saidin pula, dia mahu agar Che Ta, 43; fokus kepada perniagaannya sahaja kerana ia merupakan minat Che Ta dari dahulu untuk bergelar usahawan.
“Andainya Che Ta tak berlakon lagi selepas ini, orang sudah kenal namanya dan nama Che Ta juga sudah kukuh. Pada tahap sekarang, saya rasa Che Ta kena fokus pada bisnes.
“Dia sudah meminati bidang ini dari dulu dan kini bisnes sudah sebati dengan dirinya,” kata Zain, 32; merujuk isterinya, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan @Abu Bakar.
“Dan tak dapat dinafikan, perniagaan memberikan keuntungan yang lebih. Jadi, lebih baik jika dia fokus sahaja dalam perniagaan,” kata Zain kepada BH Plus.
Tambah Zain, dia tidak akan menolak sebarang tawaran lakonan yang diberikan kepadanya kerana ia merupakan minatnya yang utama walaupun dia juga mempunyai perniagaannya sendiri. – MYNEWSHUB.CC