Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pencinta Aktiviti Lasak Poland...

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak pencinta...

Trump Dedah Bayar Semula...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump secara rasmi mendedahkan bahawa beliau membayar semula peguamnya...

“Konspirasi Terancang Jatuhkan Saya”...

MELAKA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron mendakwa tindakan...

Bomba Kelantan Tetapkan Masa...

KOTA BAHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menetapkan masa respons...

Zizan Razak Nafi Tak Mahu Berlawak Kerana Lakonan

PELAKON dan pelawak Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, menyangkal dakwaan bahawa dia sudah tidak berminat untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelawak.

Zizan berkata, dia memberikan tumpuan dalam bidang lakonan sebagai salah satu medium untuk memperluaskan skop lawak dan komedi kerana tidak mahu berada di takuk yang lama.

“Saya masih lagi Zizan yang lama, masih sama dan saya cuma mahu memperbaiki diri. Saya mahu melakukan sesuatu yang lain tetapi masih bersifat komedi.

“Walaupun tidak diberikan watak komedi dalam lakonan, saya tetap akan membuat lawak kerana bagi saya yang penting adalah menerapkan genre sesuatu watak dalam lakonan.

“Alhamdulillah, filem Polis Evo saya cuba keluar dari kebiasaan dan penerimaan penonton terhadap lawak berbeza gaya yang cuba saya sampaikan adalah membanggakan,” katanya kepada mStar Online.


Zizan juga tidak menyangkal hakikat bahawa lambakan pelawak baharu dalam industri tanah air telah memaksanya untuk melakukan pembaharuan supaya kehadirannya dalam industri kekal relevan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori