APLIKASI permainan popular, Pokemon Go yang kini menjadi fenomena di serata dunia telah difatwakan haram penggunaannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Mufti WPKL Dr. Zulkifli Al-Bakri yang menyatakan, permainan tersebut perlu dijauhi umat Islam atas faktor boleh membawa kemudaratan.
Susulan kenyataan tersebut, ramai netizen tidak bersetuju dan mengeluarkan kata-kata ‘cacian’ terhadap mufti berkenaan.
Walaubagaimanapun, tak kurang juga yang bersetuju dan mempertahankan keputusan pengharaman tersebut.
Walaupun tidak setuju, tindakan mencerca golongan ulama seperti mufti sudah tentulah tidak harus berlaku malah dari sini dapat dilihat kesan buruk permainan yang sepatutnya tidak buat umat Islam berasa terkilan tidak mencubanya kerana lebih banyak bawa mudarat.
Apatah lagi, setiap keputusan yang dibuat mufti pastinya telah dikaji golongan ilmuan terlebih dahulu.
Apa pun buat mereka yang terlalu taksub dengan permainan dunia hingga sanggup menghina Dr Zulkifli A-Bakri, sila baca posting di Facebook Mohd Masri Mohd Ramli ini.
Mohd Masri telah berkongsikan 11 fakta mengenai kredibiliti Dr. Zulkifli bagi membuka mata dan minda pihak di luar sana yang hanya tahu menghentam daripada mengambil inisiatif menilai sesuatu perkara secara teliti.
Ini bukanlah bermaksud tidak boleh untuk tidak bersetuju dengan sesuatu perkara namun ia sepatutnya diluahkan secara beradab apatah lagi bila membabitkan hukum dalam agama Islam. – MYNEWSHUB.CC