Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pusat Kanser Di Kedah...

KULIM - Pembinaan pusat kanser di Sungai Petani dalam Bajet 2018 jelas menunjukkan...

Anak TYT Sarawak Kekal...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang...

Fathia Sangkal Dakwaan Bakal...

SUSULAN laporan media Indonesia yang mendakwa pelakon Baim Wong bakal menikahi aktres Fathia Latiff,...

‘Ramai Nak Tengok Sharnaaz...

Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seorang...

11street ‘Do Good Deals – Beli Sambil Beri’ Sumbang RM30K

KUALA LUMPUR – 11street merupakan antara rangkaian elektronik mall (e-mall) yang paling mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia.

Dalam usaha menjayakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), 11street telah mengadakan satu kempen amal ‘Do Good Deals – Beli Sambil Beri’ bagi menyediakan sarapan pagi untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di peringkat sekolah rendah kebangsaan sepanjang 2016.

Kempen amal tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang bernilai RM30,000 dan melalui kutipan itu, seramai 130 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor menerima sarapan berkhasiat.

Low-res - Photo 01
Dari kiri, Timbalan Presiden Pemasaran Komunikasi 11street, Wong Siew Lai; Ketua Pegawai Kewangan, Naza Rahim; Zizan Razak; Pengetua Yayasan Kebajikan Budimas, Anne Rajasaikaran dan Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim

Pada 5 Ogos lalu, 11street bersama dutanya iaitu aktor versatil, Zizan Razak telah meyerahkan replika cek bernilai RM30,000 yang telah dikutip melalui hasil penjualan dijalankan sepanjang musim lebaran bermula pada 5 Jun sehingga 20 Julai 2016 lalu bertempat di Golden Screen Cinema NU Sentral.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim, dia terharu dengan keikhlasan rakyat Malaysia sanggup berganding bahu dan menyertai kempen tersebut dalam membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Di 11street, kami berusaha untuk untuk melakukan apa sahaja untuk menyumbang kepada masyarakat. Jadi pada Hari Raya yang suci ini, kami menyeru para pelanggan kami untuk beramal kepada kanak-kanak dan masyarakat pada musim perayaan ini,” katanya.

Low-res - Photo 03

Selain sesi penyerahan cek, 11street tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya dan penyerahan duit raya kepada kanak-kanak berkenaan.


Di samping itu, kanak-kanak itu turut berpeluang menonton wayang Ice Age: Collision Course dan beramah mesra dengan Zizan Razak .

 

Pada kesempatan itu juga, Pengetua Yayasan Kebajikan Budimas, Anne Rajasaikaran turut meluahkan rasa terima kasih kepada 11street dan rakyat Malaysia yang telah menderma dan membantu yayasannya.

“Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada 11street dan rakyat Malaysia atas inisiatif ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori