Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dokumen Palsu: Bekas Pengarah...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan didenda RM30,000 atau 20 bulan...

Najib Cadang Bank Wujudkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memperkenalkan program kepada bank di negara ini membiayai...

MAS, AirAsia Batal Penerbangan...

MALAYSIA Airlines (MAS) dan AirAsia hari ini mengumumkan pembatalan kesemua penerbangan keluar, masuk...

Keselamatan Sekolah Pondok: Terengganu...

MARANG - Kerajaan Terengganu sedia memberi bantuan dan peruntukan kepada mana-mana sekolah pondok...

14 Cedera, Bas Terbabas Di Lebuh Raya KL-Karak

KUALA LUMPUR – Tiga belas pelancong warga Singapura dan seorang pemandu bas persiaran cedera selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan di Km31.3, Lebuh Raya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, kira-kira 4.17 petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor yang dihubungi Bernama berkata bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari pusat peranginan Genting Highlands dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok dan terbalik.

14 Cedera, Bas Terbabas Di Lebuh Raya KL-Karak

“Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4.20 petang.

“Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke empat hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Bentong serta Hospital Selayang,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang sembilan kilometer.

“Kemalangan ini telah menghalang semua lorong utama, hanya lorong kecemasan sahaja dibuka. Usaha mengalihkan kenderaan (bas) sedang dilakukan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori