SELEPAS kisah ‘pergaduhannya’ dengan bekas teman wanita menjadi hangat di laman sosial Instagram, akhirnya penyanyi pujaan remaja sedunia, Justin Bieber mengambil keputusan untuk menutup akaun laman sosial tersebut, baru-baru ini.
Keputusan dibuat Bieber itu dipercayai demi menjaga hati teman wanita terbaharunya, Sofia Richie; 18, yang dikritik sebahagian besar peminatnya yang dikenali sebagai Beliebers.
Sofia merupakan anak kepada penyanyi Lionel Richie.
Kisah pergaduhannya dengan Selena Gomez; 24, yang merupakan bekas teman wanitanya itu menjadi perhatian selepas Gomez meninggalkan komen seakan-akan mengkritik Bieber kerana memarahi peminatnya.
Baca:Ă‚Â Justin Bieber Dan Selena Gomez Bertelagah Di IG
Bieber memarahi peminatnya kerana kata-kata kurang enak yang dilemparkan mereka terhadap Richie sehingga dia mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan mahu menutup Instagram sekiranya mereka terus-terusan mengutuk teman rapatnya itu.
Akhirnya, kata-kata itu ditunaikan apabila Bieber berbuat demikian pada malam Isnin, sebelum membuang akaunnya yang memiliki hampir 78 juta pengikut.
Sementara itu, sebuah video menunjukkan Bieber membuang hadiah pemberian peminatnya menjadi viral di laman sosial.
Ini semua gara-gara perasaan bengang Beliebers dengan ‘drama’ Instagram yang diwujudkan Bieber sehingga video yang dirakamkan dua bulan lalu itu muncul kembali menjadi viral menunjukkan kesombongan sikap penyanyi ternama dunia itu dalam melayani peminat setianya. – MYNEWSHUB.CC