Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cadangan Sewa Beli Rumah...

IPOH - Cadangan untuk melaksanakan pendekatan 'sewa dan beli' bagi membantu rakyat kurang...

Pakatan Harapan Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan mengumumkan senarai calon yang bertanding...

PM Jepun Umum Tanding...

TARUMIZU, (Jepun) - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam...

“Diploma UK Saya Bukan...

KIMANIS - Calon Warisan bagi Pilihan Raya Kecil Kimanis, Karim Bujang menafikan dakwaan...

2 Anggota Bomba Cedera, Jentera Dinaiki Terbabas

IPOH – Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera selepas jentera yang dinaiki terbalik di Jalan Lahat–Simpang Pulai berhampiran Masjid Ibnu Salam, Kampung Pengkalan Pegoh, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, jentera ‘Prime Mover’ dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, di sini dikatakan dalam perjalanan dari Jalan Simpang Pulai ke Pasir Putih, sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan kiri.

Mereka yang cedera dikenali sebagai Mohd Daflizan Mohd Daud, 40, yang memandu kenderaan itu serta Mohamad Azizi Abd Rahaman, 24.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata jentera itu dalam perjalanan pulang ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih selepas membuat latihan perjalanan.

2 Anggota Bomba Cedera, Jentera Dinaiki Terbabas


“Sebaik melepasi selekoh tajam di situ, pemandu hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik ke bahu jalan kiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori