Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

IWK Anjur Derma Darah...

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dengan kerjasama Pusat Darah...

Video: Sisi Lucu Datuk...

DATUK Lee Chong Wei yang membawa pulang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio...

PAN Ingatkan PAS Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pemikiran Khawarij PAS yang melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar...

Resepi Cekodok Pisang Yang...

Apabila cuaca mendung begini, ingatan penulis merewang ke zaman kanak-kanak ketika ibu rajin...

2 Pelajar SK Tohoi Trauma Untuk Kembali Ke Sekolah

GUA MUSANG – Esok, genap setahun kejadian kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu.

Biarpun selepas setahun berlaku, kejadian itu masih menghantui hidup dua murid yang terselamat, Miksudiar Aluj, 12, dan Norieen Yaacob, 11, yang sehingga kini belum kembali semula ke sekolah akibat trauma ekoran kematian empat rakan serta kehilangan seorang rakan.

Tahun lepas, selepas hampir 50 hari hilang di dalam hutan, empat daripada mereka iaitu Ika Ayel, 9, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, ditemui mati, manakala seorang lagi pelajar, Sasa Sobrie, 8, sehingga kini masih belum ditemui.

Miksudiar ketika ditemui di Kampung Gawin di Pos Tohoi di sini masih berkurung di dalam rumahnya manakala Norieen yang berasal dari Kampung Penad di Pos Tohoi, di sini kini tinggal bersama ibu saudaranya di Kuala Lumpur sejak Mei lepas kerana kerap menangis apabila terkenangkan kejadian itu.

Bapa saudara Miksudiar, Akek Bahel, 47, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gawin berkata Miksudiar sudah beransur sihat tetapi masih memerlukan rawatan lanjut kerana masalah jantungnya belum lagi stabil.

Akek berkata Miksudiar sudah bersemangat untuk kembali bersekolah namun dihalang ibunya, Rosita Bahel, 43, yang bimbang kejadian sama berulang kembali.

“Kami berasa terkilan juga dengan kejadian itu namun sentiasa membuat perbincangan dengan Rosita supaya anaknya kembali semula ke sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, ibu Norieen, Midah Angah, 41, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penad berkata Norieen tidak boleh tinggal di rumah kerana kerap menangis teringatkan adiknya, Haikal yang ditemui mati dalam tragedi tersebut.


Midah berkata Norieen terpaksa keluar dari kampung itu dan tinggal bersama ibu saudaranya di Kuala Lumpur untuk sementara waktu bagi melupakan tragedi berkenaan.

“Kami memang nak hantar semula Norieen ke sekolah, tetapi tunggu dia pulang Oktober ini bagi membincangkan perkara itu dan memilih mana-mana sekolah rendah yang dia suka.

“Norieen menolak untuk bersekolah di SK Tohoi dan SK Kuala Betis dan kalau boleh kami nak hantar dia belajar di mana-mana sekolah rendah sekitar bandar Gua Musang,” kata Midah.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang Muhammad Zahari Othman berkata pihaknya memberi keistimewaan kepada dua murid terbabit membuat pilihan untuk bersekolah di mana-mana sekolah pilihan mereka.

“Sejak awal lagi mereka tolak untuk bersekolah di SK Tohoi kerana tragedi itu dan terpulanglah kepada mereka untuk menyambung persekolahan mereka di mana-mana sekolah yang mereka suka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori