Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Stadium Piala Dunia Brazil...

SAO PAULO (BRAZIL) - Lima bulan selepas Piala Dunia 2014 Brazil melabuhkan tirai,...

Jabatan Peguam Negara Terima...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah menerima dokumen berhubung siasatan terhadap bekas...

Gara Gara Nak Hidung...

TIDAK cukup berpuas hati dengan raut wajah jelita yang dimiliki, seorang model Thailand...

Zahid Dakwa Jadi Sasaran...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau...

2 Penunggang Catat Sejarah Menunggang Benelli 5,000KM

KUALA LUMPUR – Dua anak muda bakal mencatatkan sejarah di dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) penghujung Ogos ini apabila berhasrat untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi berganti-ganti sejauh 5,000 kilometer (km).

Shaiful Azlan Ibrahim, 36 dan Muhammad Napi Mat Nawi 36, kedua-dua dari Kuala Lumpur akan menunggang motosikal Benelli TnT 600s untuk mengelilingi semenanjung sejauh 5,000 km sekaligus mencatat sejarah pertama menunggang motosikal berganti-ganti yang dijadualkan bermula 27 Ogos di Putarajaya.

Benelli Malaysia selaku penaja utama untuk program ini turut diserta beberapa penaja lain bagi membantu melancarkan tungangan ini, antaranya Givi Asia menyediakan peralatan untuk menunggang, Total Oil menyediakan minyak enjin dan beberapa penaja lain.

Menurut Shaiful Azlan, beliau dan Muhammad Napi berhasrat untuk melakukan sesuatu yang bermakna sempena sambutan kemerdekaan ini dan telah berbincang sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencapai impian ini.

2 Penunggang Catat Sejarah Menunggang Benelli 5000KM

“Kami berterima kasih kepada Benelli Malaysia dan Givi Asia kerana sudi menjadi penaja utama dan menyediakan peralatan dan beberapa kemudahan yang dilengkapkan di motosikal Benelli Tnt600s itu,” katanya.

2 Penunggang Catat Sejarah Menunggang Benelli 5000KM

Malah tunggangan bersejarah ini akan diiktiraf oleh MBOR selepas beberapa siri perbincangan dilakukan.

Shaiful Azlan berkata, MBOR telah mencadangkan kepada kami agar dilakukan tunggangan 5,000 km berganti-ganti itu selepas meneliti beberapa perkara sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan tajaan di Bilik Pameran Benelli Malaysia di sini baru-baru ini.

Program tersebut dijangka dilepaskan di Putrajaya dan seterusnya meneruskan perjalanan ke utara sebelum turun semula ke Pantai Timur dan menuju ke selatan dan berakhir di Dataran Merdeka.

Shaiful Azlan, berkata tujuan untuk melakukan tunggangan ini adalah untuk membuktikan keupayaan anak muda Malaysia bahawa boleh melakukan sesautu yang bermakna sempena Bulan Kemerdekaan ini.


Katanya, jika tiada sebarang masalah, kemungkinan besar beliau dan Muhammad Napi akan tiba di Kuala Lumpur menjelang malam tahun baru dan jika dibenarkan oleh penganjur perarakan kemerdekaan nanti, beliau dan rakannya serta motosikal yang digunakan sepanjang penjelajahan itu akan menyertai perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

“Perancangan awal adalah sebegitu namun keputusan akhir bergantung kepada keputusan penganjur nanti,” katanya.

Beliau berkata, selain itu beliau juga berhasrat untuk melihat ketahanan motosikal yang akan ditunggang bersama Muhammad Napi samaada mampu bertahan sepanjang perjalanan itu nanti.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar Benelli Malaysia, Wan Najib Wan Daud berkata, penajaan dua buah motosikal itu adalah sebagai penghargaan kepada dua anak uda yang mahu dan cuba untuk mencipta rekod.

2 Penunggang Catat Sejarah Menunggang Benelli 5000KM

“Benelli Malaysia amat berbangga kerana akan menjadi sebahagian dari sejarah ini selain dari mahu membuktikan ketahanan dan keupayaan motosikal tersebut mengharungi perjalanan jauh,” katanya.

Benelli Malaysia pernah melakukan tunggangan sejauh ke sempadan China pada penghujung dan awal tahun ini namun ia dilakukan dengan model motosikal yang lain dan Benelli TnT600s akan diuji keupayaan di tanah air sendiri.

Wan Najib berkata, Benelli Malaysia amat mengalu-alukan program sedemikian dan berharap Shaiful Azlan dan Muhammad Napi selamat pergi dan selamat balik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori