Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Bukti Masyarakat Sekarang...

SEORANG bintang Youtube yang sering membuat video viral dan video prank, Fousey, sekali...

Permohanan Anwar Cabar Penjara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 Feb tahun depan untuk...

Perdana Menteri Saman Tony...

KISAH 1Malaysia Development Berhad nampaknya semakin panas selepas beberapa pemimpin pembangkang sejak akhir-akhir...

Apple Untung Besar Didorong...

SAN FRANCISCO - Apple Inc mencatat rekod baharu dengan untung sebanyak AS$18 bilion...

200 Warga KPT Ikuti Program Fit & Cool

PUTRAJAYA – Sebanyak 200 warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang sebelum ini dikesan berisiko mendapat diabetes dan darah tinggi akan mengikuti pelbagai aktiviti fizikal menerusi program ‘Fit & Cool’ yang dilancarkan hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata objektif utama program berkenaan adalah memastikan warga kementeriannya sihat dan cergas.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Fit & Cool’ itu di sini hari ini, beliau berkata antara pengisian program berkenaan ialah aktiviti menaiki tangga atau tanggathon, berjalan kaki di sekitar tasik atau lake walk, melompat di atas trampoline dan mengawal pemakanan.

“Saringan awal kesihatan ke atas 1,000 warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Mei lepas mendapati 70 peratus daripada mereka mempunyai Indeks Jisim Tubuh atau bacaan tekanan darah yang tinggi.

“Fit & Cool merupakan sesi intervensi selama tiga bulan ke atas 200 warga KPT yang berisiko tinggi mendapat diabetes dan tekanan darah tinggi,” jelas beliau.

Pada akhir program, katanya, kejayaan peserta akan diukur dari segi pengukuran Indeks Jisim Tubuh yang lebih baik, tahap kecergasan peserta bertambah dan pengurangan kandungan lemak dalam badan.


Idris berkata buat permulaan program Fit & Cool dilancarkan di peringkat KPT sebelum diperluaskan di peringkat kolej dan universiti selepas ini.

Selain aktiviti fizikal, program Fit & Cool yang berlangsung mulai hari ini hingga November turut melibatkan seminar, ceramah kesihatan dan rundingan pemakanan.

Fit & Cool dilaksanakan secara kolaborasi antara KPT dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori