Esok 10.00 pagi bermula Jamuan Raya TV Alhijrah. Kali ini sangat bermakna kerana diraikan di legasi baharu Alhijrah Big Studio (ABS) di Cyberview Selatan, Cyberjaya.
Ruang Studio A seluas 800 meter persegi, antara yang terbesar di Asia Tenggara akan menjadi fokus utama majlis meraikan 1000 tetamu termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya. Turut hadir jemaah kabinet, pemimpin GLC, Operator TV dan selebriti industri.
Show Case Mahabah dengan persembahan Caravan of Praise diketuai Andy Flop Poppy yang mengisi pentas utama. Grup pop selawat unplugged ini akan dimeriahkah lagi dengan kehadiran rakan artis tanahair yang komited dengan tema Islami. Antaranya Lah Ahmad dan Raja Gambus Syech Reza. Turut serta artis inhouse Alhijrah.
Di Studio B, Pameran Eksklusif Artifak Rasulullah & Para Sahabat diadakan. Lebih 20 barangan sejarah yang bernilai RM600 juta berdasarkan penilaian insuran, sedia untuk dipamerkan secara tertutup khas kepada 1000 tetamu.
Studio A dan B kini gawat dan bermandi peluh serta bias cahaya. Kru ABS bertungkus-lumus kerana 24 jam lagi, ABS akan memulakan langkah pertama sebagai platform dan spot identiti kandungan Islami di Cyberjaya.