Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Daler Kesal Terpegang Dada...

BELUM selesai lagi isu 'terpegang' dada Nelydia Senrose ketika berlakon bersama dalam drama...

Warga Islam Solat, Berbuka...

NEW YORK - Kira-kira 100 penduduk Islam New York berbuka puasa di luar...

Darurat Kendurkan Ketegangan Politik,...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID-19 semakin mengganas dan 'politiking' yang...

53,000 Peserta Berjalan Demi...

Putrajaya : Seramai 53,000 peserta menyertai program 'Walk For Peace' hari ini di...

3 Beranak Ditahan Disyaki Miliki Dadah

LARUT – Tiga beranak termasuk seorang remaja berumur 13 tahun ditahan di Selama semalam kerana disyaki memiliki heroin dan syabu.

Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay berkata penahanan dilakukan kira-kira 2 petang apabila si ibu yang berumur 30 tahun yang memandu kereta itu enggan memberhentikan kenderaannya setelah ditahan pihak polis.

“Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan di bahagian tayar kereta tersebut dan menyebabkan kereta itu terbabas di kiri jalan.

“Pemeriksaan kemudiannya menemui tiga paket dadah jenis heroin seberat 37 gram dan dua paket dadah jenis syabu seberat 11 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Loo berkata suspek lelaki yang berumur 30 tahun didapati mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan turut positif morfin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori