Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

155 Nama Penumpang QZ8501,...

Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dilihat meninggalkan Lapangan Surabaya pada jam 5.20 pagi waktu...

Pengecualian Cukai Jualan Kereta...

Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020, bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara

Gementar Berlakon Filem, Puteri...

SEBAGAI pendatang baharu, pelakon Puteri Aishah menyifatkan Remy Ishak sebagai seorang aktor yang...

Kit Ujian Pantas COVID-19...

MELAKA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memberi...

3 Ditahan Dalam Operasi Dadah Di Pulau Pinang

BALIK PULAU – Polis menahan pasangan masing-masing berumur 51 dan 56 tahun bersama rakan sejenayah mereka, seorang wanita berusia 51 tahun, serta merampas kira-kira tiga kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM61,200 dalam operasi berterusan pada Rabu lepas sehingga semalam.

Ketua Polis Barat Daya Supt Anuar Omar berkata dalam tiga operasi berasingan, polis merampas 2.75kg heroin, 0.175kg syabu dan 0.015 gram pil Eramin 5.

“Berdasarkan maklumat orang ramai, polis menahan pasangan itu di Sungai Tiram, Bayan Lepas semasa mereka sedang menunggang motosikal dan polis percaya mereka dalam perjalanan untuk menghantar 1.37kg heroin dan 108 gram syabu kepada pelanggan mereka,” katanya.

Susulan penahanan itu, pasangan terbabit membawa polis ke rumah mereka di Sungai Ara, dan di situ polis merampas 11 gram heroin, 67 gram syabu dan 15 gram Eramin 5.

Pasangan itu kemudian membawa polis ke lokasi ketiga, sebuah rumah pangsa di Gelugor, yang membawa kepada penahanan seorang wanita dan rampasan 1.37kg heroin pada 2 petang semalam.

Anuar berkata selain dadah, polis turut merampas dua buah kereta bernilai RM40,000 dan wang tunai RM572 dalam operasi itu.


Ketika ditahan, pasangan terbabit didapati positif dadah dan polis percaya mereka bekerja sepenuh masa sebagai pengedar dadah dan beroperasi di negeri ini sejak kira-kira sebulan lepas.

“Setakat ini, polis percaya dadah itu untuk pasaran tempatan dan masih menyiasat dari mana ia diperoleh,” katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 10 Ogos untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori