Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Negara Janji Bulan...

KUALA LUMPUR - Lim Guan Eng diingatkan supaya ikhlas dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan...

Nad Zainal Kembali Berlakon...

PELAKON Nad Zainal memberitahu dia sudah kembali berlakon selepas berehat kira-kira tujuh bulan...

Tiada Kompromi Sindiket Seludup...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk buang...

Penyokong Najib Serah Memo...

Hampir 300 penyokong tegar Najib Abdul Razak berkumpul di hadapan Istana Negara di...

3 Rakan Didakwa Miliki 3 Botol Air Ketum

KUALA LUMPUR – Tiga rakan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki tiga botol air ketum, Ahad lalu.

Noor Ismasadiqin Ismail, 26, Safiee Johan, 25, dan Mohd Shahrizal Mohd Nawawi, 23, didakwa bersama-sama memiliki tiga botol air daun ketum anggaran berat kesemuanya 0.2 liter tanpa sebarang kebenaran atau kuasa di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 (Pindaan 2003).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan 3/12D, Kampung Sri Batu Ampat Tin, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 4.47 pagi, 7 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.


Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Sept untuk sebutan semula kes.

Safiee diwakili peguam Luqman Hakim Azhar manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori