Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lubuk Timah Hot Spring...

IPOH - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf beberapa prasarana di pusat...

Buruh Didenda RM2,000 Halang...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menghalang polis dari melakukan pemeriksaan terhadap teman wanitanya, seorang...

Siaran Pertama DidikTV KPM...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan...

Badak Air Tertua Di...

MANILA - Bertha, dipercayai badak air tertua di dunia akhirnya mati pada usia...

3 Remaja Ditahan Bersama Pil Eramin 5 Di George Town

GEORGE TOWN – Polis menahan tiga remaja lelaki bersama 20 biji pil eramin 5 dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuh Chulia, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam operasi yang bermula pada 1 pagi itu, pihaknya menahan tiga remaja berusia 16 hingga 20 tahun berkenaan selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan 20 biji pil eramin 5 yang disembunyikan dalam kotak rokok seorang daripada mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata ujian air kencing tiga remaja yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu juga didapati positif dadah dan mereka direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mior Faridalathrash berkata dalam operasi yang tamat pada 6 pagi itu, pihaknya turut memeriksa 50 motosikal dan sebanyak enam saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan.


“Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai motosikal,” katanya.

Beliau berkata operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung aktiviti mat rempit di daerah Timur Laut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori