YANGONÂ – Sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak meninggal dunia di barat laut Myanmar sejak pertengahan bulan Jun akibat penyakit misteri yang menyebabkan masalah pernafasan.
“Kami menghadapi masalah ini sejak dua bulan lalu dan belum menerima bantuan daripada kerajaan lagi,†kata seorang pentadbir tempatan, Kay Sai.
Kematian direkodkan di bandar Nanyun dan Lahe di wilayah Naga, 1,300 kilometer dari Yangon, bersempadan dengan Nagaland, India. Kebanyakan mangsa berusia sekecil lima tahun.
Menurut Kay Sai, pegawai kesihatan tidak dapat mengenal pasti penyakit itu yang didapati berjangkit. Ujian darah sudah dihantar ke hospital di Saggaing, namun keputusan belum diperoleh.
Setakat ini tiada tindak balas daripada Kementerian Kesihatan atau Jabatan Pencegahan Penyakit Berjangkit mengenai wabak ini, namun buat masa ini pihak berkuasa tempatan melarang orang ramai mengembara untuk mencegah penularan.
Naga kawasan yang kurang maju dan sering terabai dari segi kemudahan asas penjagaan kesihatan, pendidikan serta infrastruktur. – AP/myMetro Online