Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 6 Orang...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita, yang disyaki penagih...

Menu Baharu “Briyani Bamboo”...

BUKIT MERTAJAM - Juadah berempah seperti nasi beriyani, roti naan dan ayam tandoori...

Anak Perempuan TPM Selamat...

PUTRAJAYA - Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan...

Warga Emas Maut Dalam...

IPOH - Seorang warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Hoover,...

4 Lelaki Didakwa Merusuh Penyokong Bola Sepak Kedah

GEORGE TOWN – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan terhadap penyokong bola sepak Kedah selepas perlawanan Liga Super, Selasa lalu.

Mereka yang terdiri daripada atendan hospital, Ruzairi Abd Rahman,31, penuntut, Muhammad Fizry Sukor,21, pekerja swasta, Shamsuri Aman Rusli Aman,35, dan Muhammad Hafiz Abdullah,24, didakwa bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas melakukan rusuhan itu terhadap penyokong pasukan Kedah di Stadium Bandaraya dan Jalan Datuk Keramat di sini pada 11.30 malam, 26 Julai lepas.

Keempat-empat penyokong pasukan Harimau Kumbang, Pulau Pinang itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee menawarkan jaminan RM5,000 terhadap setiap tertuduh bagaimanapun peguam Mohd Izad Mohd Zambri yang mewakili Ruzairi, Shamsuri dan Muhammad Hafiz memohon mahkamah mengurangkan jaminan berkenaan.

Mohd Izad berkata kesemua anak guamnya berpendapatan rendah hanya dalam RM1,000 sebulan.


Peguam R. Sankara Krishna yang mewakili Muhammad Fizry turut memohon mahkamah mengurangkan jaminan ke atas anak guamnya atas alasan Muhammad Fizry masih belajar.

Majistret L. Umma Devi kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,300 beserta seorang penjamin dan menetapkan 26 Sept depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori