Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Operasi Kesan Pelajar Hilang...

SETIU - Radius operasi mencari dan mengesan (SAR) seorang remaja yang hilang ketika...

`Letup Rumah Putih’ Hanya...

WASHINGTON - Bintang pop, Madonna, mendakwa kenyataan 'meletupkan Rumah Putih' yang diucapkan pada...

6 Merusuh Di Hadapan...

KUCHING - Enam lelaki, berumur antara 20 dan 27 tahun yang disyaki terlibat...

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

4 Lelaki Dipenjara, Tunggang Motosikal Secara Berbahaya

KUALA LUMPUR – Empat lelaki yang ditangkap menunggang motosikal secara berbahaya, masing-masing dipenjara sehari hingga empat hari dan didenda RM5,500 oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memerintahkan Ahmad Safril Husairi, 18, dipenjara sehari, Mohd Shahrul Nizam Salleh, 20, dua hari, Ahmad Faiz Rahim, 21, tiga hari dan penjara empat hari terhadap Amir Firdaus Ahmad Zaharudin, 22.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen mereka dibatalkan serta hilang kelayakan memohon lesen memandu baharu selama dua tahun.

Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kesemua lelaki itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunggang motosikal dengan cara melulu dan membuat aksi ‘wheelie’ serta aksi ‘superman’ yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi iaitu di Jalan Raja Laut, Jalan Parlimen/Jalan Raja dan Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) antara 24 Julai hingga 28 Ogos lepas, pada 11 malam hingga 3 pagi.


Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Hashimah Hashim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori