Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tetapkan 2 Ogos...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 2 Ogos...

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

SUBANG - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

15 Kereta Terkandas Akibat...

SUNGAI SIPUT : 15 kereta terkandas dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat...

Malaysia Bimbang Perkembangan Di...

PUTRAJAYA - Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan yang sedang berlaku di rantau Timur...

4 Pihak Pantau Operasi Haji Agar Patuhi SOP

MAKKAH – Sebanyak empat pihak sentiasa memantau pelaksanaan operasi haji di tanah suci bagi memastikan Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji.

Ketua Operasi Pasukan Pengerak Utama TH Datuk Ahmad Sohaimi Abdul Rahim berkata pihak berkenaan adalah SIRIM, pasukan audit dalaman ISO, bahagian audit dalaman TH dan Jabatan Audit Negara.

“Oleh kerana Tabung Haji merupakan pengurusan haji pertama di dunia yang memperoleh persijilan ISO, kami sentiasa dipantau agar mematuhi standard yang ditetapkan.

“Mereka akan memantau sama ada Tabung Haji mematuhi atau tidak polisi dan prosedur kerja yang ditetapkan serta keberkesanan penggunaan sumber dan pematuhan undang-undang Malaysia dan Arab Saudi,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, agensi berkenaan ada yang membuat pemeriksaan dan auditan sama ada setiap tahun di tanah air dan tanah suci dan ada juga agensi yang membuat auditan bagi setiap tiga tahun sekali.

Beliau berkata TH mempunyai 25 prosedur kerja yang harus dipatuhi dan melalui auditan jabatan atau agensi berkenaan pihaknya akan membuat penambahbaikan terhadap pengurusan jemaah haji itu.


Menurutnya selain audit yang dijalankan, TH juga akan melakukan kaji selidik dalam kalangan jemaah haji sendiri.

“Kaji selidik ini melibatkan 2,000 jemaah dan pada tahun lalu 86 peratus daripada jemaah tersebut berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan TH,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata setiap pandangan daripada jemaah haji akan diambil kira segera untuk dibuat penambahbaikan demi kepentingan bersama. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Haji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori