Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Perak Dakwa Lokasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak tidak berpuas hati dengan lokasi...

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan...

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Belanjawan 2022) peringkat Jawatankuasa.Rang...

Caruman KWSP Hanya Untuk...

KUALA LUMPUR - Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang...

Laporan Sarawak Report Hanya...

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh...

5 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Kemerdekaan

MENONTON filem patriotik sedikit sebanyak akan menaikkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia.

Filem patriotik bukan sahaja menceritakan tentang perperangan, tetapi menunjukkan juga semangat juang pahlawan terdahulu membela negara bagi mendapatkan kemerdekaan yang dinikmati sehingga kini.

Sempena menyambut hari Kebangsaan 2016, berikut merupakan senarai lima filem patriotik yang diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

1. Bukit Kepong

5 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Kemerdekaan

Filem ini berkisar tentang perjuangan pihak polis yang bersungguh-sungguh menentang komunis pada tahun 1950. Filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin ini dilakonkan olehnya sendiri bersama Allahyarham Hussien Abu Hassan, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

2. Leftenan Adnan

5 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Kemerdekaan

Filem ini diterbitkan pada tahun 2000 arahan Aziz M Osman menampilkan kisah benar Leftenan Adnan Saidi padda Perang Dunia Kedua. Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein dan Rusdi Ramli merupakan antara barisan pelakon dalam filem ini.

3. Paloh

5 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Kemerdekaan


Filem ini menceritakan tentang kisah benar penduduk daerah Paloh, Johor. Filem ini merupakan arahan Adman Salleh dan ditayangkan pada tahun 2003. Ia kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konflik antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya. Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

4. 1957: Hati Malaya

5 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Kemerdekaan

Diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, filem hebat ini merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan berkisar tentang golongan muda tempatan berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar bertajuk 1957: Hati Malaya.

5. Tanda Putera

5 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Kemerdekaan

Filem ini memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Tanda Putera dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori