Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

53 Keluarga Orang Asli...

PEKAN - Seramai 215 penduduk membabitkan 53 keluarga Orang Asli suku kaum Jakun di...

Sebelum Balik Beraya Tutup...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan beberapa panduan penggunaan elektrik sebelum...

Kasihkan Isteri, Suami Sanggup...

Kerana kasihkan isteri, seorang suami sanggup mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan isteri tercinta daripada...

Lelaki ‘Kantoi’ Mengintai Wanita...

Chukai - Gelaran lelaki miang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki berstatus suami apabila...

65 PI1M Beroperasi Seluruh Negeri Menjelang Akhir 2016

LUMUT – Perak akan mempunyai sejumlah 65 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di seluruh negeri menjelang hujung tahun ini, kata Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Utara, Ismail Othman.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 50 PI1M telah dibuka di seluruh negeri manakala 15 lagi dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Setakat ini, sebanyak 152 PI1M beroperasi sepenuhnya di wilayah utara yang merangkumi Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

“PI1M membolehkan penduduk pedalaman mengakses Internet jalur lebar serta menikmati kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis perasmian Sukarelawan Antarabangsa ICT dari Korea Selatan di Arena Square Pangkor di sini hari ini.


Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd. Radzi.

Seramai empat sukarelawan antarabangsa dari Korea Selatan terlibat dalam program berkenaan yang dianjurkan MCMC bagi menyahut saranan kerajaan dalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara pintar digital. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori