Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Tambah Empat Kategori...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memasukkan empat...

Rasuah: Reman Koperal, Pemandu...

PUTRAJAYA - Tempoh reman seorang polis berpangkat Koperal dan seorang pemandu van dilanjutkan...

1,100 Jemaah Haji 1MDB...

SERAMAI 1100 jemaah Haji Program Haji YAB Perdana Menteri telah selamat tiba di...

25 Gerabak Kosong KTMB...

IPOH - Sebuah kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama 41...

72 Ditahan Dalam 46 Serbuan Banteras Aktiviti Judi Haram

KUCHING – Polis Sarawak menahan 72 orang berumur antara 14 dan 70 tahun dalam 46 serbuan di seluruh negeri sejak minggu lepas, dipercayai terlibat dalam aktiviti judi haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata 40 serbuan dilakukan berkaitan dengan loteri haram, manakala tiga berkaitan judi dalam talian dan tiga lagi berjudi di tempat awam.

Beliau berkata 56 lelaki dan 16 wanita itu ditahan kerana terlibat dalam mempromosikan loteri awam tanpa lesen dan judi dalam talian, dan daripada 72 yang ditahan, sembilan merupakan warga asing.

“Wang tunai berjumlah RM37,722 dirampas dalam serbuan itu, bersama-sama dengan 20 komputer dan 16 tablet yang digunakan untuk judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dev berkata serbuan itu dilakukan sejak Isnin lepas berikutan arahan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor kepada semua ketua polis daerah untuk membersihkan kawasan aktiviti perjudian di tempat masing-masing.

Enam serbuan melibatkan polis Miri, Kuching lima serbuan, ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (empat) diikuti serbuan antaranya di Padawan, Sibu, Bintulu, Serian, Limbang dan Lawas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori