Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Projek Kereta Nasional Baharu...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hasrat Perdana...

Hanya 3 Kes Kematian...

PUTRAJAYA - Hanya tiga kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam...

Budak 11 Tahun Rogol,...

SEORANG budak lelaki didakwa merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap tiga kanak-kanak semasa...

Mohammadin Sahkan KSU Dipanggil...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha...

8 Penyampai TV Digantung Bersiaran Kerana ‘Gemuk’

PIHAK kerajaan Mesir terpaksa melarang lapan orang penyampai berita stesen televisyen tempatan daripada ke udara di negara itu kerana masalah berat badan yang berlebihan, lapor laman berita tempatan Al-Yawm al-Sabi.

Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir (ERTU) turut memberi tempoh masa selama sebulan untuk mereka agar segera menurunkan berat badan sebelum dapat kembali bersiaran, kata laman itu dipetik oleh BBC.

ERTU diketuai oleh Safaa Hegazy iaitu bekas penyampai televisyen tempatan.

8 Penyampai TV Digantung Bersiaran Kerana 'Gemuk'
Safaa Hegazy

Pengumuman itu telah mencetuskan bantahan daripada golongan penyampai berita yang terlibat. Salah seorang penyampai yang dikenali sebagai Khadija Khattab berkata, dia tidak menerima notis rasmi daripada Hegazy berhubung perkara itu.

Namun mereka telah diberitahu bahawa langkah-langkah sewajarnya akan diambil ke atas penyampai yang tidak dapat menurunkan berat badan pada September akan datang.

“Saya yakin bahawa saya seperti wanita Mesir yang lain kelihatan normal dan saya tidak memakai solekan yang terlalu tebal,” kata Khadija, sambil mencabar orang ramai supaya membuktikan sebaliknya.

Bagaimanapun, saranan ERTU itu diterima baik oleh warga Mesir. Seorang individu yang dikenali sebagai Alaa el-Sadani, kakitangan laman berita Al-Ahram berkata, dia jijik dan geli melihat kelapan-lapan penyampai berita berkenaan dan yakin ramai warga negara itu yang bersependapat dengannya.


Manakala Fatma al-Sharawi berpendapat, cadangan itu adalah baik untuk meningkatkan rating saluran-saluran televisyen di negara itu yang dirasakan sebagai berat sebelah setelah kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada 2011.

Namun wakil Persatuan Kebebasan Berfikir dan Bersuara, Mostafa Shawky berpendapat sebaliknya malah mendakwa penampilan dan kecantikan tidak penting berbanding kemahiran yang dimiliki.

“Ia tiada kaitan dengan penampilan. Namun tindakan mereka itu menunjukkan bahawa mereka tidak menghiraukan tentang kemahiran,” luahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori