Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Melecur Dubur Dan Kemaluan...

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun yang masih lagi dalam keadaan bogel 'dipanggang' oleh...

Kawasan Carian Meliputi 60...

ALOR SETAR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua anggota Rejimen Renjer Diraja...

SMART Bakal Terima Pengiktirafan...

PUTRAJAYA - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bakal diiktiraf sebagai anggota...

Sanggup Langgar Undang-Undang Kerana...

MENJADI perkara biasa bagi orang dewasa untuk mendirikan rumah tangga apabila sampai 'serunya'...

82 Pelajar Keracunan Makan Kari Telur, Ayam Masak Merah

KUALA LUMPUR – Seramai 70 pelajar Sekolah Menengah Poh Lam, Lahat, Perak mengalami keracunan makanan pada 25 Ogos lalu akibat makan kari telur yang dijual di kantin sekolah tersebut pada waktu tengah hari.

Manakala, seramai 12 pelajar yang dilaporkan mengalami gejala sama pada 24 Ogos lalu kerana makan ayam masak merah yang dihidangkan di asrama sekolah tersebut pada waktu malam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan awal Kementerian Kesihatan mengesyaki kedua-dua makanan tersebut mengandungi bakteria Salmonella spp yang menyebabkan keracunan makanan.

“Kedua-dua premis ini telah ditutup dibawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kementerian memandang serius kejadian keracunan makanan yang berlaku di kantin dan dapur asrama sekolah serta institusi pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu berkata, Kementerian Kesihatan telah meningkatkan pemeriksaan ke atas kantin dan dapur asrama sekolah serta institusi pendidikan melalui Operasi Premis Bersih di seluruh negara sejak tahun lalu hingga 30 Jun 2016.

Menurut beliau, sebanyak 30,314 pemeriksaan telah dilakukan dan sebanyak 261 arahan penutupan dikenakan ke atas kantin sekolah dan institusi pendidikan terbabit.


Katanya, Operasi Premis Bersih sehingga 7 Jun lalu pula melakukan pemeriksaan ke atas 1,063 premis melibatkan 757 kantin sekolah dan 306 dapur asrama.

“Sebanyak 18 arahan penutupan dikeluarkan manakala 141 notis kesalahan dikenakan ke atas pengusaha kantin sekolah atau dapur asrama sekolah kerana gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi memperkukuhkan syarat perjanjian kontrak pembekalan makanan bermasak, semakan menu dan menambahbaik garis panduan kebersihan serta mewujudkan modul latihan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori