Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Mengaku Hanya Diluku...

ALOR SETAR - Pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang...

Jangan Politikkan, Manipulasi Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Wanita Bunuh Anak Terima...

SEORANG wanita yang dipenjarakan seumur hidup selepas membunuh anak perempuannya yang berusia 21 bulan,...

‘Syafiq Kyle’ Mohon Maaf,...

KONTROVERSI video lucah yang didakwa membabitkan Syafiq Kyle menjadi semakin hangat apabila seorang...

95 Peratus Syarikat Hantar Penyata GST Secara Bulanan

KUALA LUMPUR – 95 peratus daripada kira-kira 420,000 syarikat yang diwajibkan menghantar penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara bulanan telah berbuat demikian kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia merupakan petanda baik terhadap kelancaran sistem penerimaan penyata yang memudahkan syarikat.

“Pengemukaan penyata (GST) merupakan asas kepada sistem pungutan cukai, di bawah sistem GST, penghantaran penyata kini begitu baik dan menepati masa.

“Setiap 100 syarikat yang berdaftar (GST), 95 daripadanya mengemukakan penyata semenjak pelaksanaan cukai berkenaan tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas persidangan mengenai GST, di sini hari ini.

Beliau berkata jika dibandingkan dengan kebanyakan negara yang baru memperkenalkan GST, Malaysia mencatat tahap pematuhan yang tinggi dari segi penghantaran penyata GST oleh syarikat berdaftar pada tahun pertama pelaksanaannya.

Khazali berkata pihaknya kini sedang menilai semula semua penyata yang diterima bagi memastikan ia benar-benar menepati penilaian dan pengisytiharan.


Katanya JKDM kini mempunyai lebih 2,000 juru audit yang ditugaskan khas bagi menilai semua penyata yang diterima.

“Walaupun jumlah yang masih lagi gagal menyerahkan penyata adalah kecil, kami berharap agar mereka boleh melakukannya dengan kadar segera atau berdepan tindakan (undang-undang),” katanya.

Persidangan dua hari mulai hari ini bertema ‘Masa Depan Pertumbuhan Ekonomi’ itu adalah anjuran Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertujuan membincangkan bagaimana GST mampu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori