Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lebih 30,000 Jadi Mangsa...

DIANGGARKAN sebanyak 30,000 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu...

Esscom Ambil Keterangan Pelakon,...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah...

Studio Filem ‘Kong: Skull...

NINH BINH (Utara Vietnam) - Studio filem yang menjadi lokasi pengambaran filem 'Kong:...

Peguam Najib Putuskan Untuk...

PUTRAJAYA : Peguam utama Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk mengemukakan hujahan bertulis...

Abang Tembak Lutut Adik Kerana Pakai Skirt Pendek

SEORANG gadis telah ditembak di bahagian lutut oleh abangnya selepas lelaki itu ‘bengang’ melihat adik perempuannya keluar rumah dengan memakai skirt pendek.

Gadis itu, Marisa Putortì, 21, kini dirawat di hospital di Calabria, Itali.

Menurut Marisa, abangnya, Demetrio, 25, berbuat demikian sebagai hukuman di atas perangainya yang dikatakan tidak mendengar cakap.

Dia juga mendakwa hubungannya dengan Demetrio menjadi renggang sejak bapa mereka meninggal dunia pada 2010. Demetrio juga sering mengawasi pergaulannya terutama dengan lelaki.

“Kami tidak bercakap antara satu sama lain. Semua yang saya lakukan tidak disukainya….jika pakai alat solek, keluar berjalan dengan memakai skirt pendek, atau jika saya merokok atau bercakap dengan lelaki di bandar,” kata Marisa yang juga ibu kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun.


Marisa yang mempunyai kekasih berusia 24 tahun itu tidak menghabiskan persekolahan.

Susulan kejadian itu, Marisa enggan bersimpati terhadap abangnya dan mahu lelaki itu dipenjarakan. Dia juga merancang meninggalkan bandar tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori