Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UMNO Bahtera Bocor, Sukar...

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan...

Laporan PAC Buktikan PM...

KUALA LUMPUR - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai tadbir urus syarikat...

Tse Yang Pasang Impian...

SEPERTI sudah menjadi satu trend, arena bola sepak negara kini dimeriahkan lagi dengan...

Kerja ‘Runner’ Tak Bermaruah:...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia mengarahkan pensyarahnya, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof...

Abdul Wahid Kembali Ke Dunia Korporat

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Wahid Omar kembali ke dunia korporat hari ini sebagai Pengerusi baharu Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Abdul Wahid, seorang akauntan, mengetuai Malayan Banking Bhd sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif dari 2008 hingga 2013 selepas mengetuai Telekom Malaysia yang disusun semua serta penstrukturan semula UEM Group.

Beliau kemudiannya dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai anggota Kabinet.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang tiba di pejabat PNB di Jalan Tun Razak di sini pada 8.35 pagi, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Kedua-duanya dilihat berbual-bual sebelum memasuki lif.


Abdul Wahid menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif PNB pada 1996.

Sepanjang tempoh jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal ekonomi, Abdul Wahid antara lain memantau agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perangkaan, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), Talent Corporation dan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori