Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Laluan Baharu Bangkok-KK AirAsia...

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohamaddin Ketapi berkata, laluan Bangkok-Kota...

Jika Anda Berani, Cubalah...

PASTI menimbulkan kemarahan kepada sesiapa sahaja sekiranya anda merupakan mangsa kecurian.Sebut bab kecurian...

Ahli Politik Ditahan, Pukul...

UTTARAKHAN - Seorang ahli parlimen daripada parti pemerintah India, BJP ditahan kerana menyerang...

“Dulu RM1 Juta Sehari,...

KUALA LUMPUR - Era kehidupan yang menuntut kita terus berpelitup muka apabila keluar...

Acara Larian, Kayuhan Buka Minggu Antarabangsa NBOS

PUTRAJAYA – Mengambil kesempatan cuti hari minggu, kira-kira 4,000 peserta berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini menyertai acara larian dan kayuhan yang diadakan bersempena persidangan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melepaskan para peserta acara NBOS Run & Ride yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM18,000 dalam enam kategori itu.

Katanya acara itu adalah satu inisiatif untuk menggalakkan orang ramai menyertai minggu NBOS terutamanya bagi melawat pameran jabatan dan agensi kerajaan sempena Hari Terbuka NBOS yang berlangsung mulai hari ini sehingga 20 Ogos.

“Yang penting di sini kita menjayakan program sepanjang minggu bersama beberapa ketua kerajaaan, menteri-menteri dan pegawai kanan kerajaan dari luar negara yang turut serta. Saya jemput orang ramai untuk datang ke PICC (melawat pameran NBOS),” katanya.

Ali bersama kira-kira 120 tetamu kehormat yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, antaranya Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin turut mengambil bahagian dalam kategori CAPAM Celebrity Walk sejauh 1.5 kilometer.

Acara anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) itu diadakan sebagai tanda sokongan kepada persidangan dwi-tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di venue sama pada 18 hingga 20 Ogos.

Kategori ‘Fun Run’ sejauh lima kilometer menepati temanya apabila ibu bapa turut membawa anak masing-masing, termasuk bayi yang disorong di dalam kereta sorong bayi.

Paling mencuri tumpuan dalam kategori itu ialah penyertaan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali, 45, yang menamatkan larian dalam masa kira-kira setengah jam.


Lokman Hakim berkata beliau membuat keputusan menyertai kategori itu berbanding menyertai tetamu kehormat lain dalam kategori CAPAM Celebrity Walk sejauh 1.5km, bagi menggalakkan aktiviti bersukan dalam kalangan rakyat.

“Kita ada wawasan untuk jadikan Malaysia negara bersukan, jadi saya ingin menggalakkan orang muda untuk menyertai acara seperti ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, acara 11km kategori wanita veteran diungguli bekas atlet kebangsaan Yuan Yu Fang dan kategori lelaki veteran dimenangi oleh A. Vadiveelu.

Kategori terbuka lelaki bagi acara 11km dimenangi oleh seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia K. Prabudass dan kategori terbuka wanita diungguli oleh S. Sheela yang juga merupakan penjawat awam.

Dalam pada itu, peserta turut dihiburkan dengan gelagat pelawak Azlee Senario sebagai pengacara serta persembahan penyanyi terkenal tanah air iaitu Ella dan Aris Ariwatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • NBOS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori