KETIKA beberapa buah negara Islam termasuk Malaysia mengeluarkan fatwa pengharaman Pokomen Go, seorang anggota parlimen Pakistan pula menyarankan saluran kartun 24 jam diharamkan khususnya kartun popular Doremon.
Saranan itu dibuat ekoran, Imran Khan, dari parti pembangkang Tehreek-i-Insaf (PTI) yang juga merupakan bekas atlet kriket kebangsaan, merasakan saluran-saluran TV sedemikian boleh membawa pengaruh negatif untuk kanak-kanak.
“Pemerintah persekutuan perlu menetapkan bahawa PEMRA (pengawal selia TV dan radio Pakistan) tutup saluran-saluran kartun, khususnya Doraemon, atau membenarkannya disiarkan untuk tempoh masa yang terhad sahaja.
“Pendidikan dan kesihatan fizikal kanak-kanak terjejas akibat saluran-saluran kartun 24-jam ini,” tulis satu kenyataan dalam petisyen yang diserahkan di dewan himpunan wilayah Punjab itu.
Bagaimanapun, saranan tersebut menjadi bahan ejekan dan jenaka netizen menerusi media sosial Pakistan, hinggakan hashtag #PTIvsDoreamon mula ‘trending’ di laman Twitter.
Rata-rata menyelar saranan itu kerana berpendapat parti pembangkang tersebut tidak menfokuskan hal-hal lebih mustahak seperti rasuah, kemiskinan dan isu penderaan kanak-kanak.
Parti Tehreek-i-Insaf (PTI) yang diasaskan oleh Imran Khan memegang majoriti kerusi di wilayah barat laut, Khyber Pakhtunkhwa.
Wilayah itu berada di garisan depan dalam usaha memerangi Taliban dan militan lain yang membunuh ratusan orang setiap tahun. – MYNEWSHUB.CC