Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Negarawan Melayu?

Alamak!. Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam kata pemimpin utama...

Kes Sanusi Dipindah Ke...

SELAYANG: Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, mengosongkan tarikh perbicaraan membabitkan dua...

Kuota Haji Cecah 45,000...

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa, sekiranya Barisan Nasional (BN)...

Hanya Zainudin Maidin Sahaja...

Petikan: Blog Asas2020 - Sekadar Melukut Tepi Gantang - KLIKKita semua tahu tidak...

“Ahli PAS Tak Makan Fitnah” – Rosli

KUALA LUMPUR – “Ahli PAS tak makan fitnah,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Sebaliknya. tegas beliau, pimpinan yang bermasaalah akan dihukum dan disingkirkan sendiri oleh ahli dalam muktamar parti itu.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak fitnah adalah perbuatan keji yang tidak boleh bercampur dengan kesucian.

“Kalau nak perebah PAS, bukan dengan fitnah, sebab ahli kenal pemimpinnya, tak perlu orang lain yang singkirkan pemimpin yang bermasaalah, ahli PAS sendiri yang akan singkirkannya.

“Yang keji pasti membusuk yang suci pasti mewangi. Al-Quran adalah Al-Furqan iaitu pembeda antara yang haq dan batil, yang keji dan yang mulia. Ahli PAS ditarbiyyah dengannya maka pastinya deria ahli PAS akan dapat menghidunya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menyindir golongan ulama yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin PAS sebagai mereka yang tidak boleh diharapkan untuk menumbangkan kerajaan.

Sindir beliau, umat Islam kini cuma kaya dengan ulama yang cuma tahu menghukum dan menggelarkan kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik.


“Fitnah keatas pimpinan PAS gagal, serangan demi serangan ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain sebelum ini gagal kerana ahli sangat mengenali pimpinannya,” katanya.

Mohamad Sabu dan beberapa bekas pemimpin PAS bertindak meninggalkan PAS bagi mewujudkan PAN untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang. – ƂĀ MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori