Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harap Lebuhraya Pan Borneo...

SARIKEI - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berharap pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang...

Jauhi Isu Agama &...

PUTRAJAYA - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14...

Pekerja Limbungan Jatuh Sungai,...

SIBU - Seorang pekerja limbungan kapal di Estet Perindustrian Sungai Antu di sini...

Tiada Halangan Sekiranya SELCAT...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini berkata tiada...

Ahmad Razif & Azizulhasni Semuka, Isu Selesai

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang telah bersemuka dan isu yang digembar-gemburkan tentang bantuan basikal telah diselesaikan secara baik.

Kedua-duanya mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil pendekatan positif dengan merancang pelbagai perkara demi kebaikan kerajaan negeri serta pembangunan sukan di negeri ini.

Ahmad Razif yang dihubungi Bernama di sini hari ini berkata beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar permasalahan yang berlaku akibat salah faham dan bersyukur kerana isu tersebut telah selesai.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai,” katanya.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam di sebuah restoran di Kuala Lumpur turut dihadiri dua lagi atlet berasal daripada Terengganu iaitu Fatihah Mustapa (berbasikal) serta Hafifi Mansor (angkat berat).

Azizul yang memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin di Olimpik Rio, sebelum ini dilapor sebagai berkata Ahmad Razif tidak mempedulikan permohonan pihaknya untuk membeli basikal ‘roadbike’ untuk beliau dan Fatihah gunakan sebagai persediaan ke Rio, menerusi laman Facebook ‘Jojo Knoxville’.

Manakala Ahmad Razif dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai permohonan tersebut malah tidak pernah mengenali pengurus Azizulhasni yang dikatakan cuba berhubung dengan beliau.

Beliau turut mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) menyiasat dakwaan itu dan mengesan sekiranya berlaku sebarang salah faham.

Sementara itu ketika pertemuan tersebut, Azizulhasni yang turut mambawa seorang anaknya kelihatan mesra malah memeluk serta bersalam dengan Ahmad Razif.


“Saya amat berbangga dengan kejayaan anak-anak Terengganu termasuk Azizulhasni,” kata Ahmad Razif.

Menerusi laman Facebook miliknya pula, Ahmad Razif menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan anak-anak muda daripada Terengganu dan mengakui bahawa apa yang berlaku mungkin terdapat kesilapan antara kedua-duanya.

Berikutan itu beliau memohon agar tiada pihak lain yang memperbesarkan isu itu lagi, yang bagaikan menghidupkan api yang telah padam.

“Malah malam tadi ketika makan malam bersama Fatehah, Azizulhasni dan Hafifi, saya telah menerangkan apa yang terbuku di hati saya dan saya turut mendengar setiap keluh kesah, cabaran serta pengalaman yang mereka lalui untuk berada pada tahap ini sekarang.

“Insya-Allah kita akan usahakan janji yang telah dikatakan iaitu untuk membuka galeri yang akan mempamerkan semua kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Terengganu termasuk mereka bertiga supaya generasi akan datang tahu jasa dan bakti yang telah mereka lakukan untuk negeri ini,” luahnya di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Ahmad Razif telah mengumumkan bahawa Azizulhasni akan memperoleh inisiatif tertentu dan kerajaan negeri merancang pelbagai program apabila beliau pulang ke Terengganu kelak, antaranya mengadakan pameran bergerak serta memahat namanya di Muzium Negeri sebagai wira dalam kecemerlangan sukan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori