Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

KiniTV, 2 Pengarah Dilepas...

KUALA LUMPUR - Portal berita video, KiniTV dan pengarahnya dilepaskan dan dibebaskan oleh...

Perkhidmatan Tak Penting Ambil...

PUTRAJAYA - Jumlah kenderaan di jalan raya kelihatan bertambah sejak semalam, disebabkan ada...

Cuaca Buruk Jejaskan Operasi...

SURABAYA - Cuaca buruk terus menjejaskan operasi hari keenam mencari pesawat AirAsia Indonesia...

Perkahwinan Bawah Umur Mungkin...

PARIT BUNTAR - Undang-undang yang menetapkan lelaki berumur 18 tahun dan perempuan 16...

Al-Fatihah: Pelawak Veteran Pie Meninggal Dunia

BALIK PULAU – Pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, dekat sini pada pukul 9 malam tadi akibat sakit tua.

Sahabat akrabnya yang juga penggiat seni, Omar Md. Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata beliau mengetahui mengenai kematian Piee, 85; setelah dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham yang dikenali sebagai Subariah.

“Anaknya kini sedang menguruskan jenazahnya dan jenazah dijangka akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang,” katanya.

Tinjauan Bernama di kediaman rumah anak Allahyarham mendapati orang ramai terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan Allahyarham mula memenuhi perkarangan rumah itu untuk menziarahi jenazah Piee.

Shapiee dilahirkan pada 9 Januari 1931 dan telah bergiat aktif sebagai pelakon dan pengacara sejak tahun 1980-an, selain telah membintangi dalam pelbagai filem tempatan seperti Mami Jarum, Nana Tanjung dan Kongsi.

Sementara itu, Subariah ketika ditemui berkata ayahnya sering memintanya untuk tidak bekerja dan menemaninya di rumah.

Dia yang merupakan anak kelima berkata Allahyarham ditemani anak dan keluarga terdekat semasa menghembuskan nafas terakhir dan ayahnya pergi dengan penuh ketenangan.


“Sebelum ayah meninggal saya ada memberinya air kerana bibirnya sangat kering. Sudah dua tiga hari arwah ayah tidak berselera untuk makan dan tidak boleh bercakap dengan lancar.

Sebagai anak yang paling rapat dengan arwah kehilangan ini amat dirasai namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya dalam linangan air mata.

Katanya jenazah ayahnya akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang terlebih dahulu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang seperti diminta Allahyarham, selepas solat Jumaat esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori