Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cemas, Kaki Budak 3...

Putrajaya: Seorang budak tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada...

Giliran Amirul Hadi, Kunanlan...

KUALA LUMPUR - Dua lagi pemain bola sepak negara daripada pasukan Johor Darul...

Kabinet Bincang Kaedah E-Bazar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membincangkan garis panduan pelaksanaan e-bazar dalam mesyuarat Kabinet,...

Kerajaan Rancang Guna Platform...

KUALA LUMPUR - Platform pendanaan ramai (crowdfunding) rakan kepada rakan (P2P) berpotensi diguna...

Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu

TIDAK mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status perkahwinannya, personaliti TV3 Ally Iskandar akhirnya mengesahkan telah bercerai dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu

Menerusi satu kenyataan dalam laman Facebooknya, Ally, 40, memberitahu, lafaz cerai talak satu telah dibuat ituƂĀ di hadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.

“Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin,” katanya.

Selain itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut memberitahu, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan kekeluargaan antara mereka masih kekal baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami.” tulisnya lagi.


Dalam kenyataan itu, Ally turut menyampai ucapan maafnya yang tidak memberi respons kepada pihak media yang menghubunginyaƂĀ selepas laporan mengenai perceraiannya itu hebat diperkatakan di laman sosial.

Ally mendirikan rumah tangga dengan FarahinƂĀ pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

Berita penceraian pasangan ini sedikit sebanyak mengejutkan netizen kerana mereka berdua sering disifatkan sebagai ‘sweet couple’. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori