KUALA LUMPUR – Angin barat yang bertiup kencang pada kelajuan 40 ke 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sehingga Khamis ini.
“Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi di laut dan sukan laut, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di perairan Phuket, utara Selat Melaka, Condore, Reef North dan Palawan sehingga Khamis ini, menurut kenyataan itu. – BERNAMA