Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Yusof Haslam Tak Terlibat...

PENERBIT Datuk Yusof Haslam, 62, memberitahu bahawa beliau tidak terlibat sama sekali dalam...

Simpanan Shariah KWSP: Tiada...

KUALA LUMPUR - Skim pelaburan patuh Syariah sepenuhnya atau 'Simpanan Shariah', yang akan...

Demi Upah RM2,000 Sanggup...

Taiping : Dibayar RM2,000 sebagai upah, seorang lelaki bertindak berani menghantar 36 beg...

Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan...

WASHINGTON - Ancaman pengganas nuklear yang mempunyai impak besar kepada keselamatan dunia menjadi...

Anak Jadi Faktor Ceburi Gimnastik Meskipun Berusia

OKSANA Chusovitina, sudah berusia 41 tahun namun dia masih menyertai pertandingan gimnastik, meskipun pada usia berkenaan, ia dianggap sudah terlalu tua.

Namun Oksana mempunyai cerita tersendiri kenapa dia masih lagi aktif dan tidak ketinggalan menyertai Sukan Olimpik sejak 1992.

Semuanya kerana anak lelakinya yang berusia 17 tahun, Alisher, yang disahkan menghidap leukaemia.

Oksana, yang berasal dari Uzbekistan namun mewakili Jerman pada Sukan Olimpik Rio ini, terpaksa mencari duit untuk rawatan Alisher dan satu-satunya cara adalah dengan berjaya dalam bidang gimnastik.

Menurut Oksana, dia terpaksa berhati-hati kerana jika tercedera, Oksana tidak mampu mengumpul duit untuk rawatan anaknya dan penderitaan yang dialami oleh Alisher menjadi pembakar semangat Oksana setiap kali bertanding.

Ketika menceritakan mengenai anaknya itu, Oksana berkata, dia dan suaminya yang merupakan penggusti, Bakhtier Kurbanov, dalam perjalanan pulang dari Busan pada 2002, apabila ibunya memaklumkan Alisher yang ketika itu berusia tiga tahun mengalami batuk berdarah.

Pada mulanya mereka menyangka Alisher mengalami pneumonia namun pemeriksaan doktor mendapati Alisher menghidap leukaemia dan perlu menjalani komoterapi dalam masa sebulan atau Alisher akan meninggal dunia.


Disebabkan rawatan terlalu mahal, hospital memberi syarat meminta jaminan dia akan membayar kos rawatan iaitu lebih £90,000.

Oksana dan suaminya menjual pangsapuri dan dua kereta mereka namun masih gagal menampung walaupun separuh daripada kos tersebut.

Meskipun mendapat sumbangan daripada kelab gimnastik antarabangsa namun ia masih belum mencukupi jadi Oksana bersetuju untuk bertanding mewakili Jerman. Baki wang rawatan berkenaan kemudiannya dibayar oleh pertubuhan sukan Jerman.

Tidak lama kemudian Oksana mendapat visa kerja di Jerman dan anaknya telah mendapat rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori