Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Jijiknya.. Bila Telinga...

Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain 'menumpang' anggota badan anda...

Malaysia Undi Setuju Atas...

PUTRAJAYA : Malaysia menyertai 140 negara lain mengundi bersetuju menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

Bayi 11 Hari Ditikam...

Vietnam – Kesian bayi ini kerana menjadi mangsa `orang gila’. Dia baru berusia...

Majikan Digalak Tawar Peluang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan lebih banyak majikan...

Anak Ugut Mahu Rodok Perut Ibu Dipenjara 7 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kontrak yang mengugut untuk merodok perut ibunya dengan pisau dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Mahmuddin Ariffin, 32, selepas dia mengaku bersalah menakutkan secara jenayah dengan bertindak mengamuk dan mengugut mahu merodok ibunya, Saprah Mohammed, 60, dengan pisau.

Mahkamah memerintah tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Julai lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Flat Dato Senu, Jalan Dato Senu 26, Sentul di sini pada 12 tengah hari, 10 Julai lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwa Raya Noor Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala Mahmuddin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori