Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

T’ganu Tubuh Pasukan Khas...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras gejala...

Calon Peroleh A Dalam...

PUTRAJAYA - Seramai 9,721 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan...

UCAM Teraju Bantu Golongan...

KUALA LUMPUR - Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama RISDA akan menerajui program...

Video: Lelaki Tua Tunjuk...

SEORANG lelaki tua yang menunjukkan kemahirannya bermain dram menggunakan sudu dan gelas di...

Anwar Kesal Kes Keracunan Makanan Di MCKK

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan insiden seramai 56 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan kelmarin.

Beliau yang kini merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat seorang lelaki lain kira-kira lapan tahun lalu berkata, MCKK perlu mengkaji bagaimana insiden itu boleh berlaku supaya tidak berulang.

“Saya terima berita insiden keracunan makanan di sekolah lama saya, MCKK, di mana 56 pelajar telah mengalami masalah keracunan makanan.

“MCKK sebagai sebuah institusi pengajian ulung di negara ini harus mengkaji semula semua aspek termasuk isu kebersihan serta pengendalian kantin untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan yang disebarkan oleh PKR Pusat hari ini.

Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah selepas didapati salah meliwat seorang lelaki lain iaitu bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


Beliau dan pemimpin pembangkang lain bagaimanapun mendakwa kononnya Anwar merupakan tahanan politik untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada kesalahan sebenar dilakukan oleh Ketua Umum PKR tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori