KUALA LUMPUR – Agensi berkaitan sumber manusia, Aon Hewitt menyenaraikan sebanyak 10 syarikat yang dikategorikan sebagai Majikan Terbaik di Malaysia.
Aon Hewitt dalam satu kenyataan media berkata, syarikat terbabit adalah Eco World Development Group Berhad, Abbvie Sdn. Bhd. American Express (Malaysia) Sdn. Bhd., DHL Express Malaysia dan FedEx Express.
Turut berada dalam senarai adalah OCBC Bank (Malaysia) Berhad, S P Setia Berhad, Starbucks Coffee Malaysia, Sunway Building Materials Group dan Marriott International.
Menurut kenyataan itu, Eco World Development Group Berhad disenarakan Majikan Terbaik dari yang Terbaik manakala Marriott International sebagai Majikan Terbaik di Malaysia melalui program global.
“Majikan Terbaik telah melakukan yang terbaik untuk memperkasa keputusan menerusi kakitangannya. Mereka memberi tumpuan kepada cadangan pembinaan nilai pekerja unik dan boleh dipercayai dengan memanfaatkan kemajuan teknologi digital.
“Juga untuk menyampaikan pengalaman pekerja yang baru dan lebih bermakna dengan menggunakan data serta analisis untuk mencapai hasil bakat terbaik. Dengan mewujudkan pengalaman yang memberikan kesan positif kepada tahap penglibatan, Majikan Terbaik di Malaysia juga meraih manfaat dari sudut kewangan walaupun berdepan persekitaran perniagaan yang mencabar,” kata
Pengarah Urusan Aon Hewitt, Prashant Chadha dalam kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, penilaian dibuat berdasarkan penglibatan pekerja yang tinggi dalam syarikat, kepimpinan yang berkesan, jenama majikan yang baik dan budaya berprestasi tinggi. – Mynewshub.cc