Hebat lelaki ni…bawa kereta pakai kaki. Bukan calang-calang orang boleh melakukannya apatah lagi tangannya sibuk dengan telefon bimbit sambil bermain game.
Lebih membahayakan, dia menggunakan kaki untuk membelok dan membunyikan hon kereta, manakala tangannya tidak lekang daripada memegang telefon bimbit itu.
Mungkin kali ini dia bernasib baik, lain kali, belum tentu selamat. Sama ada dia akan `menyondol’’ kenderaan lain atau dia sendiri `disondol’.
Kejadian ini dirakamkan di Puning, China dan ia dalam siasatan polis kerana melanggar peraturan jalan raya.
Polis memaklumkan dia memandu sekitar 80km sejam.
Susulan penyebaran video berkenaan, orang ramai menyuarakan kemarahan dan mahu tindakan diambil segera.