Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pihak Masjid Bantu Bayar...

IHSAN... Pihak Masjid Al Salam di Forth Smith, Arkansas, Amerika Syarikat memaafkan tindakan...

Covid-19: Membantu, Bukan Tuding...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menegaskan tindakan...

Mais Terima Sumbangan Tiga...

SHAH ALAM - Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini menerima...

Menyedihkan, Sambut Aidilfitri Di...

DI saat umat Islam bergembira mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri, puluhan keluarga di...

Atlet Emas Olimpik ASEAN Terbang Percuma AirAsia

KUALA LUMPUR – Kini atlet-atlet negara rantau ASEAN mempunyai satu lagi sebab terbaik untuk berusaha lebih gigih dan cuba memenangi pingat emas dalam temasya berprestij Olimpik pada masa akan datang.

Meskipun pingat emas disifatkan sebagai hadiah istimewa kepada negara dan ganjaran hasil daripada usaha penat lelah diri sendiri, namun tentunya insentif tambahan terbaharu daripada AirAsia ini juga boleh menjadi pemangkin semangat.

Apa tidaknya, syarikat udara tambang rendah terkenal itu mengumumkan ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat untuk semua pemenang pingat emas dari negara-negara Asia Tenggara yang diraih ketika Sukan Olimpik Rio 2016.

Bagaimanapun tidak dilupakan jasa kepada para pemenang pingat perak dan gangsa pula, mereka juga bakal menerima ganjaran penerbangan percuma AirAsia, namun masing-masing hanya terhad untuk tempoh lima dan tiga tahun.

Pemberian ganjaran khas tersebut bermakna kesemua 21 atlet serantau terbabit tidak kira sama ada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dapat terbang secara percuma ke mana-mana 120 destinasi AirAsia di seluruh dunia.

medal

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan, insentif itu diberikan atas rasa bangga dengan pencapaian atlet dari 10 buah negara ASEAN memberikan saingan kepada atlet terbaik dunia.

“Mereka (atlet-atlet) ini berjaya membuktikan dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang tidak mengenal erti penat, akan membuahkan hasil. Ini membuktikan atlet dari Asia Tenggara juga mampu bersaing di peringkat tertinggi,” katanya.


Ketika temasya Olimpik musim panas terbesar di dunia itu baru-baru ini, atlet Thailand meraih masing-masing 2 emas, 2 perak, 2 gangsa diikuti Indonesia 1 emas, 2 perak; Vietnam 1 emas, 1 perak; Singapura 1 emas; dan Filipina 1 perak.

Manakala Malaysia merangkul 4 perak menerusi atlet badminton Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, juga terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong serta gangsa pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Kerajaan Malaysia turut menawarkan ganjaran imbuhan wang tunai masing-masing sebanyak RM500,000 dan pencen bulanan RM3,000 untuk setiap atlet menang pingat perak serta RM300,000 dan pencen RM2,000 pula untuk gangsa.

Tony dalam pada itu juga berharap akan dapat melihat lebih banyak kilauan pingat diraih oleh ramai atlet ASEAN ketika Sukan Olimpik XXXII yang akan datang iaitu di Tokyo, Jepun pada tahun 2020. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori