PELBAGAI memori menarik tercipta sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil.
Antaranya perenang Singapura, Jo Schooling berjaya menewaskan idolanya, Michael Phelps yang merupakan jaguh renang Amerika Syarikat (AS) dan atlet terjun China, He Zi dilamar kekasih yang juga rakan sepasukan, Qin Kai sebaik memenangi pingat perak dalam acara terjun papan anjal tiga meter.
Baca:Â Dulu Bergambar Dengan Idola, Tapi Kini Kalahkan Idola
Juga:Â Atlit China Lamar Kekasih Di Majlis Penyampaian Pingat
Terbaharu, satu lagi kejutan berlaku apabila atlet gimnastik AS, Simone Biles; 19, yang begitu meminati aktor Zac Efron akhirnya dapat bertemu idolanya itu secara bertentang mata.
Zac terbang ke Rio untuk memberikan sokongannya kepada pasukan gimnastik AS yang setakat ini telah berjaya menyumbangkan antara pingat terbanyak buat kontinjen negara tersebut.
Dalam kejohanan edisi kali ini, Simone telah berjaya memenangi empat pingat emas dan satu pingat gangsa.
Simone yang teruja dengan kedatangan Zac kemudiannya memuat naik gambarnya yang dicium mesra aktor berusia 29 tahun itu. – MYNEWSHUB.CC
proof : had to do a retake bc I thought we were taking a picture then he kissed me instead â¤ï¸ pic.twitter.com/rld33V14qe
— Simone Biles (@Simone_Biles) 16 August 2016