Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Wanita Thailand Ditahan...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan lima wanita warga Thailand dalam Op...

Nekad Bunuh Diri, Lelaki...

Entah apa yang bermain di minda seorang lelaki hingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian...

Dagangan Ringgit Dijangka Positif...

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan positif minggu depan berikutan minggu memberangsangkan untuk...

76 Polis Cedera Dalam...

HAMBURG - Lebih 76 anggota polis Jerman cedera akibat dibaling batu dan botol...

Atlit China Lamar Kekasih Di Majlis Penyampaian Pingat

ATLIT sukan terjun China, He Zi menerima kejutan paling manis dalam hidup apabila dilamar kekasihnya di hadapan ribuan penonton ketika majlis penyampaian pingat di kejohanan sukan terbesar dunia, Olimpik Rio, semalam.

He Zi dilamar rakan sepasukannya, Qin Kai sebaik sahaja selepas dia menerima pingat perak dalam kategori Terjun Papan Anjal 3 Meter.

china1

china2

china3

Qin Kai melutut di hadapan He Zi sambil mempersembahkan cincin untuk melamar teman wanitanya dan dia bernasib baik kerana He Zi menerima lamarannya itu.


Qin Kai kemudiannya menyarungkan cincin kepada He Zi dan turut menghadiahkan sekuntum mawar merah dalam balang kaca kepada bakal isterinya itu.

“Kami sudah enam tahun bercinta tapi saya langsung tak jangkakan dia akan melamar hari ini. Perkara yang menyentuh hati saya adalah saya fikir lelaki inilah yang boleh saya percayai seumur hidup saya,” kata He Zi.

Sungguh romantik bukan? Apa kata anda…. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori